Sabtu, 31 Januari 2009

CARA INSTALL WINDOWS XP

Terdapat banyak cara untuk meng-install Windows XP. Jika anda memasang dengan memformat harddisk, kemudian boot komputer melalui CD-ROM, cara ini dipanggil sebagai clean install. Anda perlu menjalankan clean install jika:
» Komputer anda menggunakan Windows 3.0, Windows 3.11, Windows 95 dan Windows 3.51
» Komputer anda tidak menggunakan produk dari Microsoft
» Komputer anda masih belum mempunyai sistem operasi.

Mari saya awali dengan menjalankan instalasi Windows XP dari CD.
Saya akan mengganggap komputer anda belum mempunyai apa-apa sistem operasi di dalamnya.
1. Hidupkan PC anda dan masukkan CD-ROM Windows XP Professional ke dalamnya. Anda terlebih dahulu mengatur Konfigurasi BIOS supaya sistem anda dapat boot melalui CD-ROM.
2. Setelah komputer selesai menjalankan POST, rutin setup untuk Windows XP akan bermula. Lihat gambarajah di bawah berikut:
Awalan program menunjukkan proses penyalinan fail-fail yang diperlukan oleh Windows XP. Semasa proses ini dijalankan, program setup akan memuatkan Windows XP sebelum dapat memulai program setup. Secara spesifik, saat ini Windows akan memuat pemacu (driver) bagi kegunaan hardware yang tertentu.
3. Tunggu hinga program setup selesai mengcopy semua fail-fail friver yang diperlukan, anda dapat melihat jumlah partition bagi sistem anda. Lihat gambar di bawah:Gambar di atas menunjukkan sistem anda masih belum mempunyai partition. Untuk mencipta partition, anda boleh menggunakan utiliti ini.
Catatan: Jika sistem anda sudah mempunyai partition, anda boleh membuang partition tersebut dan menggantikan dengan partition yang baru.Untuk membuang partition, tekan tombol D. Untuk membuat partition, tekan tombol C.
4. Apabila anda memilih untuk membuat partition baru, anda akan di bawa ke paparan berikut.Gambar di atas menunjukkan jumlah Partition. Anda diberi pilihan untuk meletakkan saiz partition yang ingin diciptakan. Jika anda tidak memahami maksud partition, saya mencadangkan anda menggunakan keseluruhan saiz partition secara maksima, tekan tombol Enter untuk ke peringkat seterusnya. Catatan: Perlu diingat Windows XP memerlukan saiz ruangan keras sekurang-kurangnya 1.5GB.
5. Kemudian, anda akan ditanya bentuk format bagi partition baru anda. Terdapat beberapa pilihan format iaitu NTFS (Quick), FAT (Quick), NTFS, dan FAT. Pilih jenis format yang dikehendaki dan tekan tombol Enter untuk ke peringkat seterusnya.
6. Setelah anda memilih jenis format, program setup akan memulakan proses format pada partition yang diciptakan. Bergantung kepada saiz partition dan jenis sistem fail yang dipilih, proses ini akan mengambil waktu antara 1 hingga 10 menit sampai selesai.
Gambar di atas menunjukkan proses memformat partition.
7. Kemudian Windows XP akan memulai proses menyalin fail-fail sumber Windows XP dari CD ke dalam partition baru. Proses ini akan mengambil beberapa menit.Gambar proses menyalin fail-fail Windows ke dalam harddisk.
8. Setelah selesai menyalin fail-fail Windows, sistem akan reboot. Setelah komputer anda selesai reboot, program setup akan bertukar ke mod GUI, saat ini sistem akan mengenal pasti dan memasang hardware yang terdapat di dalam PC anda. Pada proses ini juga akan menyebabkan skrin anda berkedip-kedip untuk beberapa kali karena sistem mencoba untuk mengenal pasti jenis kartu video yang sedang digunakan.
9. Saat dalam mod GUI, anda akan ditanya untuk memeriksa setting Regional dan Language. Anda juga perlu memasukkan Product Key (serial number) bagi Windows XP. Nombor Product Key ini boleh didapati di label CD Windows XP.
10. Klik Next. Pada gambar berikutnya, masukkan nama komputer dan kata lalu Administrator. Klik Next, dan pada tampilan seterusnya, pilih Time Zone bagi kawasan anda.
11. Pada langkah berikutnya, anda akan menetapkan konfigurasi pada Network Settings, terdapat dua pilihan diberikan: Typical dan Custom. Jika anda memilih Typical settings, sistem anda akan dipasangkan dengan komponen-komponen berikut:- Client for Microsoft Networks- QoS Packet Scheduler- File and Print Sharing for Microsoft Networks- TCP/IP, configured for DHCPJika anda memilih Custom settings, anda akan diberi peluang untuk menambah dan menetapkan konfigurasi network secara manual. Anda tidak perlu bingung tentang ini, jika anda melakukan kesalahan pada konfigurasi, anda masih boleh mengubahnya kemudian.Gambar di atas menunjukkan konfigurasi Network Settings.
12. Berikutnya, anda perlu menetapkan jenis network yang ingin disertai, sama ada Workgroup atau Domain. Jika anda memilih untuk menyertai Domain, anda akan ditanya untuk memasukkan username serta kata identitas anda. Kemudian klik Next.Gambar di atas menunjukkan tampilan untuk memilih Workgroup atau Domain.
13. Sekarang anda boleh membiarkan sistem anda menyalinkan fail-fail yang diperlukan. Semasa proses penyalinan ini, sistem anda akan memasang program-program ke dalam Start Menu, mendaftarkan komponen Windows dan membuang fail-fail sementara dari Temporary folder.
14. Apabila proses setup hampir siap, sistem anda akan melakukan finishing dan reboot. Jika semuanya berada dalam keadaan baik, sistem anda terus akan memuatkan Windows XP Professional dan anda boleh menggunakan sistem operasi baru anda.
15. Windows XP siap beraksi, tapi ingat, itu baru sistemnya saja, Anda juga harus menginstall program-program yang lain, misalnya : Ms. Office, Coel Draw, Adobe Photo Shop dll
Selamat mencoba....

0 komentar:

Posting Komentar

Komentarnya dong......., jangan diem aja he..he..he...(pilih Animouse)